S.A.H.A.B.A.T

Thursday, December 2, 2010

Renung Kembali bersama~~~

Cinta? ( Muhasabah )
 
by Abu Hanifah on Tuesday, November 30, 2010 at 9:30pm



Anda pernah bercinta?

Dengan siapa?

Ada orang kata, cinta ini ibarat garam dalam masakan. Jika tiada langsung, akan membuatkan makanan itu menjadi tawar dan kurang rasanya, jika berlebihan pula, makanan akan menjadi terlalu masin dan hilang pula selera kita. Tetapi, jika digunakan dengan sederhana, maka makanan itu akan menjadi sedap lagi menyelerakan.

Saya, sependapat dengan kata-kata itu.

Cinta memang ibarat garam dalam masakan. Jika tiada langsung cinta di dalam kehidupan kita, maka hidup kita akan menjadi ‘tawar’, tak bermakna, kosong tiada gembira. Tetapi, jika cinta itu berlebihan, maka ia akan memusnahkan diri. Hal ini kerana, emosi itu biasanya memperkudakan pemikiran. Namun jika cinta itu dikawal, disalurkan ke arah yag betul, maka hidup akan menjadi indah dan menyenangkan.

Persoalannya, kepada siapakah cinta hendak kita letakkan?

Saya suka dengan satu kata-kata Al-Mutanabbi berkenaan cinta. Katanya:

“ Cinta itu lebih tua dari alam ini, kerana atas dasar cintalah TUHAN menciptakan alam ini”

Kalau kita perhatikan, atas dasar cinta dan kasih sayang jugalah ALLAH menghantarkan rasul kepada manusia untuk menjaga manusia, memandu kita ke jalan kebenaran. Atas dasar cinta dan kasih sayang jugalah ALLAH memberikan kita nikmat yang pelbagai, dan memberikan kita ruang untuk bertaubat walaupun menggunung dosa telah kita lakukan.
Ternyata, cinta dan kasih sayang ALLAH kepada kita, memang luas tanpa sempadan.

Tetapi, kepada siapakah cinta kita letakkan?




Perumpamaan cinta ibarat garam tadi, sering manusia gunakan untuk cinta lelaki dan perempuan. Alasannya, tanpa cinta, maka tidak indah dunia.

Ya, saya juga mengakuinya. Cinta lelaki perempuan memang lumrah, fitrah manusia, hadiah daripada ALLAH. Tetapi, apakah benar itu cinta kita yang utama?

Ramai orang nampak, cinta itu dengan perempuan. Ramai orang nampak, cinta itu dengan teman lelaki. Kalau cinta itu, mesti dengan suami isteri. Begitulah kebanyakan manusia melihat dan meletakkan cinta. Bagi yang ada semangat patrioritik, maka cintanya akan berkait dengan negara. Bagi yang ada jiwa sastera, maka cintanya bersambung dengan bahasa.

Tetapi pada saya, cinta-cinta itu bukanlah cinta yang mesti kita cari terlebih dahulu. Cinta-cinta itu, jika diambil pada sudut itu sahaja, ia akan menjadi cinta yang murah, luput ditelan zaman, dan akan hilang tanpa jejakan.
Cinta pertama kita sepatutnya dengan ALLAH SWT, yang telah menciptakan kita dengan segala kasih sayangNya. Hal ini kerana, saya melihat, cinta kepada ALLAH SWT, akan membuahkan cinta kepada yang lain-lainnya. Siapa yang memulakan cintanya kepada perkara lain, dengan mencintai ALLAH terlebih dahulu, maka secara automatiknya, cintanya kepada perkara lain itu akan menjadi mahal, utuh, kekal, malah mampu menembus akhirat.

Hal ini kerana, segala apa yang kita lakukan kerana ALLAH, akan menjadi ibadah untuk kita. Pastinya, bila kita nyatakan kerana ALLAH di sini, bukanlah hanya mulut sahaja yang pandai berbicara, tetapi amal kita juga dipastikan terjaga. Kerana ALLAH, maka tiada lorong maksiat yang menjadi jalan kita dalam menyambung cinta.




Hamka ada berkata,

“ Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu adalah kepunyaan ALLAH semata-mata. Yang tidak suci dan buta hanyalah orang yang salah menggunakan cinta.”

Kita lihat, ramai manusia hari ini melihat cinta itu murah. Kenapa? Kerana sudah terlalu banyak kes manusia tergadai maruah kerana cinta, manusia menjadi gila kerana cinta, manusia bunuh diri kerana cinta, dan pelbagai lagi kes yang buruk berlaku kerana cinta.

Mari kita lihat dan rujuk semula, bagaimanakah cinta-cinta mereka itu? Adakah didirikan atas dasar keimanan dan taqwa kepada ALLAH? Apakah digerakkan atas niat untuk mencpaai redhaNya?

Cinta itu mahal sebenarnya. Amat mahal. Berharga, dan penting. Cuma, kesilapan manusia meletakkan cinta, dan jahilnya mereka untuk memulakan gerakan cinta mereka, membuatkan cinta itu kelihatan murah, sehinggakan ada yang menjauhi cinta itu sendiri.

Di manakah anda meletakkan cinta anda?

Dengan siapakah anda bercinta?

Marilah kita bermuhasabah, letakkanlah cinta kita di tempat yang benar, mulakanlah cinta kita dengan permulaan yang betul. Semoga hidup kita terang benderang, dengan sumber cinta daripadaNya yang tidak akan kunjung malap, menembus hingga ke akhirat tanpa kelam.

Tatapan semua~~~

Peringatan Buat Diriku Yang Kerdil ini.....

by Abu Hanifah on Sunday, November 28, 2010 at 12:37pm



Sesungguhnya seorang da’i harus mempunyai jiwa yang besar.

Memang tidak dinafikan jalan dakwah itu sukar! Hanya jiwa yang besar saja yang mampu untuk meneruskan perjalanan. Sebab itu da’i itu adalah insan pilihan. Insan yang Allah pilih untuk mengemban tugas berat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Diantara jutaan manusia yang Allah ciptakan. Kita yang terpilih. Walau kita berada didalam thoifah yang kecil tapi tugas dan tanggungjawab tetap sama. Untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia dari menyembah kepada thagut dan kebendaan serta isme yang bermacam warna ini kepada addeeen yang syumul dan kita adalah perintis kepada khilafah yang hilang.

Tidak kah kita rasa bangga dan bertuah dibumi ini. Dari setitis air kehinaan, Allah bangunkan kita dan saff kan kita dikalangan saff para pewaris Nabi.

Mungkin para intelektual banyak membaca sirah, tapi kita duduk didalam sirah. Merasai asam garam perjuangan sekalipun tidak sehebat rasullulah dan para sahabat tapi sedikit sebanyak dapat kita rasakan kemanisan ruh dijalan ini. Dapat kita rasakan betapa nikmatnya munajat untuk mendoakan ummat ini dan dapat kita rasakan betapa jiwa kita hidup untuk orang lain dan bukan untuk diri sendiri.

Diri kita hanyalah kisah kecil dari sejarah dakwah. Sekalipun tidak terkenal sebagai figur dibumi ini tapi kita adalah sebahagian kerlipan bintang yang bersinar sekalipun tidak seterang bulan kita tetap menyumbangkan cahaya keindahan untuk dilihat oleh generasi terkemudian.

Sebab itu jiwa ini perlu kita program dan groom serta di didik menjadi jiwa besar. Berkemahuan keras untuk mencapai tahap tertinggi dan menuju maqam yang dikasihi Allah. Jiwa kita terletak pada apa yang ada didalam hati kita. Keinginan dan keenganan.  Kekuatan keyakinan dan kelemahan.
Jiwa yang mulia tidak rela dengan segala sesuatu kecuali yang paling tinggi, paling utama dan natijah nya adalah paling terpuji disisi Allah.

Dan da’i tidak sepatutnya mempunyai jiwa yang rendah yang hanya berkutat kepada apa yang ada. Tidak kreatif dan tidak dinamik menghadapi hidup yang akhirnya terjerembap sebagaimana lalat yang jatuh kedalam limbah.




Jiwa yang mulia tidak rela berleha leha dengan kelazatan dunia. Dengan kerja kerja dunia yang tidak pernah habis sekadar untuk memuaskan hawa nafsu dan mengumpulkan kekayaan. Terperosok dengan keglamouran atas nama da’i tetapi da’i yang telah distappler dengan kemalasan dengan kejumudan lingkungan nya sahaja.

Aku bukan da’i yang hebat! namun aku punya jiwa yang besar dan berkemahuan tinggi. Sebab itu aku suka untuk menulis sejarah manusia yang hebat hebat supaya aku dapat jazamkan ruh perjuangan mereka didalam ruh ku yang kerdil ini.

Supaya bulu roma ku sentiasa meremang dijalan dakwah ini. Supaya semangatku sentiasa membara untuk membakar  rawasib2 jahiliyah diperjalanan ini. Supaya airmata ku, kutumpahkan sekalipun hanya doa dan munajat untuk aku buktikan aku mencintai ummah ini mencintai deen ini mencintai daulah islam dan ingin merasa duduk dibawah naungan khalifah dan menurut segala perintahnya dengan samiqna wa ataqna!
Aku tidak miliki apa apa didunia ini kecuali kemahuan yang kuat untuk terus bergerak semampu mungkin. Dan pastinya aku tidak akan menoleh kebelakang untuk mengintai jalan pulang.

Aku selalu melihat kedepan dan pemikiran ku sentiasa bergayut kepada maut dan aku ingin memandang maut itu sebagai satu kenikmatan dan aku ingin mati didalam kenikmatan itu. Dalam usia melebihi suku abad ini aku sentiasa melihat maut disetiap tempat dan ini membangunkan semangat ku untuk hidup didalam kehidupan.

Sebolehnya aku tidak mahu hidup untuk diri sendiri kerana ku rasakan hidup ini pendek. Pendek dan sempit dan pastinya aku diblender dan dikitar dengan nafsu serakah yang tak pernah puas.
Apalah ada dengan sebuah kehidupan yang bangun pagi, bekerja, pulangkerumah, menonton Tv dan dan tidur serta berulang alik kemasjid dan surau dan menunggu mati.

Atau sebagai seorang pelajar, pergi kekuliyyah, pulang menelaah pelajaran sampai tengah malam,  esok kuliah  lagi, berhujung minggu bersantai dan cuti semester melancong dan bila peperiksaan hampir, bermunajat pada Allah untuk score dan memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang  tanpa memikirkan tentang ummah dan dakwah ini? Inikah wawasan dan tidak memikirkan ummah ini?




Inilah yang banyak ku lihat dalam perjalanan suci ini. Dihamparan dunia ini dan didalam pengalaman yang telah ku lalui. Aku lihat manusia yang jiwa kecil ini hanya bergantungan dengan Allah pada zaman zaman mereka lemah dan punya masaalah dan zaman himpitan kepapaan sahaja. Bila mereka kuat dan berjaya. Memperolehi apa yang ingin dimiliki, mereka melupai Allah!

Mereka menganggap kekuatan mereka, mereka tidak memerlukan Allah lagi.

Seolah olah kelemahan dan kepapaanlah yang membuka minda dan pemikiran mereka terhadap Allah sedangkan bila mereka berjaya dan beroleh kekayaan menutupi mata dan hati mereka kepada Allah.

Inikah dia intelektual islam yang diwarnakan islam diluar negara dan didalam negara sendiri yang mendapat tarbiyah yang ada sekarang? Tidak hairanlah kita kehilangan mereka apabila ribuan dan jutaan yang keluar saban tahun dari institusi yang ketandusan ruh kesedaran ini!

Apakah 30 juzuk alquran yang diberi dan berjuta hadith yang ditinggalkan Nabi kepada kita, untuk kita hidup begini?
Bagi ku ini bukan kehidupan tapi adalah mesin yang dienginkan.

Aku tidak mahu nilai mulia sorang manusia yang Allah rakamkan didalam alQuran aku letak kan setaraf engin kereta atau engin mesin rumput yang digerakan oleh ciptaan manusia juga bukan dari nur Allah yang suci!
Aku ingin puas dengan hidup ini. Puas dengan penyerahan dan penghambaan kepada kecenderungan ilahi.
Prinsip ku tetap tegas. Allah matlamatku. Namun jika kamu juga punya prinsip seperti ku tidak ada ertinya tanpa  dogma yang aktual dan daya dorong yang kuat!

Daya dorong adalah disebabkan oleh cita cita kita yang kuat. Cita cita yang luhur tidak akan hidup kecuali dalam cita yang baik.

Ingin ku bisikan kepada kamu bahwa cinta bukan datang terkemudian tapi cinta itu datang dahulu barulah kita akan gapai keindahan kehidupan ini.

Dan fahamilah cinta itu tidak ada pembahagian tetapi kesatuan. Sebab itu jika kamu mencintai Allah. Kamu pasti akan mencintai dakwah. Dan jika kamu mencintai dakwah pasti kamu akan mencintai orang2 yang berada dalam jalan dakwah dan kebahgiaan kamu adalah untuk membina keluarga dakwah dan negara dakwah. Dan inilah Kesatuan. Wehdah!
Dan cinta bukan untuk kamu sekularkan dan kamu letakkan didepan dan kemudian atau bezakan kerana induk cinta adalah Allah dan rasul.

Dan jika kita ingin bersama dijalan ini, kita boleh lakarkan kembali peta perjuangan kita kedepan kerana pintu pintu ini tidak pernah tertutup kerana ujian ujian yang sama sama kita lalui terdahulu adalah sebahagian dari proses ukuhuwah kita untuk kita mantap dan jalinkan …..
dan kerana itu kita jangan menoleh kebelakang …..